Syukur Alhamdulillah,Ya Allah. :)


Assalamualaikum | Waalaikumussalam.

Dah lama tak update. Rasa macam blur sekejap nak tekan button mana. hehehe.. Ok. Straight to the point! No belok-belok! Hari ni tarikh yang amat bermakna bagi Aku dan Batch '97. Yup! Result PMR. Sebenarnya sebulan sebelum tu dah start gelabah semacam. Tidur tak lena sebab asyik mimpi result je. Aku punye mimpi tu la paling SERAM sekali yang aku pernah kene. Eish! Nasib baik tak betul! Today I want to story to you all about today. Dari pukul berapa ke pukul berapa. Jadi aku expect entri ini panjang sikit. :)


7.00 pagi.
Masa ni dah bangun dah. Tapi terlajak jugak solat subuh. Nasib baik sempat sebab Ibu dah kejutkan dalam pukul 6 lebih. Lepas solat dan salam Ibu sebab Ibu nak pergi kerja, lepak tengok TV dulu sebelum tunggu kain kat mesin basuh tu habis basuh. Pukul 8 lebih baru sidai kain dan dalam pukul 8.30 pagi aku telepon Epa kata aku tunggu kat bustop pukul 9.30 tapi diorang kata pukul 9. Jadi terpaksa gosok baju sekolah cepat-cepat and then baru mandi.

9.15 pagi
Aku punye tunggu kat situ baru nampak batang hidung Epa. Aihh... cantiknya berbaju kurung! Tapi dalam kalangan kitaorang tu, aku sorang je pakai baju sekolah. Jadi masa nak pergi makan kat Q-Bistro tu mesti orang pikir, kat sekolah ada apa? Solat hajat?. Ohh..... malu sekejap. hehehe.. Lepas dah order makan semua tu kitaorang borak-borak. Tetiba Epa kata dia nak check result PMR guna sms. Disebabkan dah pukul 10 jadi dorang hantar la message tu. Mula-mula Hazana pastu Epa. Sumpah aku tak nak buat bende tu sebab nanti tak syok! Orang nak rasa gembira bila Pengetua panggil nama kita kat atas pentas dan ambik slip tu. Baru awesome!

10.30 pagi
Masa ni dah bertolak nak balik sekolah. Tetiba jumpa Affiq dengan Akmal dekat Cendana. Diorang cakap tak boleh masuk kalau pakai baju biasa/kurung. Kene pakai baju sekolah jugak. Jadi diorang gelabah sekejap mana nak cari baju sekolah sebab rumah Faz dengan Hazana jauh. Dah alang-alang dekat Cendana, Epa balik naik atas tukar baju. Pastu dia cakap dia boleh pinjamkan baju sekolah dia dekat Hazana. Faz pulak ayah dia boleh tolong hantarkan baju tu pastu nanti dia tukar la. Semua dah cuak sebab dah dekat pukul 11 pagi. Takut nanti kitaorang lambat naya kang~  

Dalam masa menunggu gosok baju tu dekat rumah Epa, Hazana dapat message. Dari KPM, dia dapat 6A2B. Dekat situ jugak dia menjerit! Aku dah macam.................. Blank, blur semua ada. Masa kitaorang nak keluar rumah Epa dah macam takut sebab msg dia tak dapat lagi. Elok je dia nak tinggalkan rumah dia tu dia dapat msg dia dapat 8A. Dia lari balik dalam rumah peluk mak dia, gembira sakan. Aku hanya mampu berdoa sebab kawan-kawan aku dapat result bagus!



11.15 pagi
Masa ni aku dengan Aqilah dah ada kat dalam sekolah. Yang lain tunggu Faz tukar baju sekolah. Ceit! Boleh rupannya pakai baju kurung tapi kene masuk lambat la. Apodei~ Mula-mula tu Pengetua umum statistik untuk tahun ni dan dibandingkan dengan tahun lepas. Bila aku dapat tahu Bm dan Sc meningkat, aku rasa macam ada harapan untuk aku dapat A. Tapi yang sedihnya Math, Bi, dan Geo menurun. Ohh... mintak dijauhkan. 

Klimaks
Saja aku asingkan sebab nak bagi suspen jap. :) Ok. Lepas Pengetua berucap semua tu.......... Dia nak umumkan siapa dapat 5A-8A. Aku time ni dah mula menggigil sebab langsung tak tahu dapat berapa. Masa nak umum tu Pengetua sempat cakap yang tahun ni tahun last dia kat sekolah ni. Dia bersara. Jadi tahun depan Pengetua baru. Masa tu punye ramai yang buat-buat terkejut dan ada suara mengeluh macam tak puas hati gitu! Tapi apa yang aku tahu diorang senyum bila dapat tahu. Aihh... Tak baik macam tu! 

Mula-mula dia umumkan 5A tu, ada nama Nik Izrin. KItaorang terujalah sebab dia masa tu duduk sebelah aku. Tetiba dia starts menangis. Aku dah macam.... apahal nii?? Nasib baik ada Ain dan Farah tenangkan dia. *kesat air mata* And Then dia umum 6A ada nama Hazana. Hazana langsung tak terkejut. Dia senyummmm je.. Dan orang yg dapat 6A ada dua orang je, Hazana dan Nadirah. Masa dia bagitahu yang orang yang dapat 7A ada 11 orang aku dah mula rasa takut sebab nama aku tak naik-naik pun. And Last, Nama aku muncul jua..... heheheh.. Aku expect 8A tapi ada orang yg layak dapat daripada aku.

Aku tak tahu aku ni keturunan apa tapi sejak UPSR aku langsung tak menangis kalau dapat result cemerlang. Time dia umumkan tu, tepat-tepat Ibu call aku.

Ibu: dapat berapa?
Aku: Cuba teka? *senyummm*
Ibu: Ibu mana reti teka-teka ni. Bagitahu je la.
Aku: 7A kot. Tak sure sangat sebab bising. ataupun 6A. Kejap lagi orang call la.
Ibu: Ok.
Kemudian cikgu bagitahu pulak siapa dapat 8A. Nama first sekali yang keluar ialah Azam Fuad. Aku dah macam................ blank+blur sekali lagi. Mula-mula tu ingatkan Azam Rosli. Pastu cikgu Suadi suruh Azam bangun, kitaorang kelas Amanah dah terjerit sebab tak sangka langsung dia 8A. Dia sendiri pun blur je masa ambik hamper & slip tu. Tangan Aqilah time tu dah pegang aku punye tangan kuat-kuat sebab gementar. Aku bagitahu dia "Kau dapat 8A punye! Percaya cakap aku" Dan tup-tup nama dia ada. Dia dengan bangun secara sopan tak tahu nak pergi kat pentas dulu or peluk mak dia dulu. Alhamdulillah. Kawan-kawan aku semua berjaya dapat markah cemerlang. Berkat kita kongsi Ilmu walaupun banyak ketawa je.


Dan Target Pengetua nak semua lulus PMR tercapai. Dan 8 orang dapat 8A berbanding tahun lepas iaitu 4 orang je. Azam, Suraya, Atiqah, Aqilah, Suraya, Hanum, Puvend dan Ehffa. :D Lepas dah hambik slip dan sijil, aku tepon mak aku cakap aku comfirm 7A. Ibu tanya nak apa aku kata nanti dululah. Aku tengah happy ni nanti mintak yg bukan-bukan pulak. Bangkrap mak aku~ Pastu pergi jumpa kawan-kawan tanya result semua. Peluk-peluk ucap tahniah. Mana tahu tahun depan tak jumpa dah. Sedih! Nanti aku rindu semua kenangan dengan 3Amanah. :'( 


Dalam aku gembira ada jugak sedih sebab............
  1. Tak dapat jumpa cikgu Juniwati sebab dia sibuk. 
  2. cikgu Suadi jumpa sekejap cakap terima kasih kat dia sebab akhirnya Geo aku A. 
  3. cikgu Norafidah pun tak sempat sebab dia dah pindah. 
  4. Dan paling tak cun bila tak jumpa cikgu Azizan (Cik Ej) sebab aku langsung tak nampak dia tadi, dia tak datang ke?
  5. cikgu Salwa.... huhuhu.. ni cikgu yang aku nak jumpa sesangat tapi tetap tak jumpa pun tadi!
  6. cikgu Zuruwati aku jumpa sekejap salam tangan dia sebab time tu Nik tengah nangis dekat cikgu. 
  7. cikgu Norhamizah, dia ada tapi tak sempat nak salam. :( 
  8. Dan last sekali my favorite teacher ever after!!!! Ustaz Afiq! Ustaz, akhirnya saya dapat A ustaz, walaupun dulu time exam ustaz punye payah nak bagi A kat saya! Tadi terserempak sekejap dengan Ustaz naik motor baru sampai sekolah, tapi time tu aku nak balik dah. Tak berkesempatan! *nangis tak berlagu*

12.00 tengah hari
Dan........ selamat akhirnya sampai kat rumah. Aku tunjuk result aku dekat ayah aku dan adik aku. Eish! dengki betul adik aku ni. Dia paksa aku buat kerja rumah pulak. Dia ingat aku nak dengar? Tak de maknanya. Aku yang paksa dia buat balik. Bila aku dah selamat sampai rumah tu of course la ada panggilan masuk. Sedare kat kampung semua call kata Tahniah & Congrates. Aku dah macam......... masa aku dapat 4A UPSR tak macam ni pun? Apahal lain macam je? hehehe.. Apa apa pun result yang korang dapat JANGAN kecewa. Kita dah berusaha dan mungkin itu Ujian Allah untuk hambanya. Buat yang terbaik lagi pada masa hadapan. Chayook! Selamat Maju Jaya. :D

P/s: Hajar. Walaupun kau dapat result sama dengan aku, Tapi Gary tetap aku punyer!! -,- Jangan lah ambik! Dia caring okay! p

Dah habis baca? Bacalah lagi! Terima kasih comel~