I am FANGIRLING.


Assalamualaikum | Waalaikumussalam.

Cuba korang klik  SINI . macam tak percaya kan? 

Yaaa...... im back. Sebenarnya malas gila nak update walaupun blog tinggal lagi 15% nak siap. Pagi tadi ayah aku bad mood kejap. Tak berani nak online. Jadi bila ayah aku keluar kejap aku pun online la. Mula2 tu nak layan cerita yang mak aku download,tapi hardisk tak boleh baca. Jadi pergi la kat kshownow. Tengok mana-mana cerita best. And suddenly nampak cerita The Romantic & Idol ep2. Gila aku nak tengok cerita ni.....arghhh... aku menjerit kat situ jugak! hahahaha...



Tapi actually aku dah lama perasan cerita tu dah ada tapi malas nak tengok sebab dah pukul 1 pagi. Penat mata nak tengok jadi postpone kejap. Dan al-kisahnya petang tadi dapat tengok. Eish! cerita tu kejam sangat! diorang baru nak suka sama suka pastu suruh tukar pasangan pulak. Thats not fair at all. Dan...... Jun.K tanya kat Jei dia mintak tukar pasangan ke stay? Tapi Jei tak jawab pun. Yg pasti Jun.K memang mintak stay sebab dia dah suka Jei. Last2 dapat tahu Jei mintak tukar,remuk hati Jun.K weii.. Sebab Jei mintak tukar aku tak tahu. Pastu bila nak tukar pasangan tu Jun.K dapat dengan JiHyun. Tetiba dia suka JiHyun pulak! katanya comel la, apalah. Rupa2 nya semua 4 lelaki tu nak dengan JiHyun. Tak tahu kenapa aku tak suka JiHyun. ._. Mir kata dia dengan JiHyun dah macam takdir. Takdir apamendenye? -,- Pastu Hyunsik pulak nak jugak si JiHyun tu. Bila JiHyun dekat dengan dia, dia senyum tapi bila tak ade dia masam. JB pulak mintak stay tapi kalau boleh dia nak dengan JIHYUN jugak. haih! kesian Jei tak de sape nak. :( huahua!


Disebabkan ada masa lagi sebelum maghrib aku layan Running Man yang Wedding Race tu sampai la tadi hah. Tak tahu kenapa aku tak tengok ep ni padahal aku rasa aku dah khatam semua ep RM ni. Tapi yang pasti aku suka giler kalau Gary menang. Seriously. Dia dengan Kristal memang match sangat. Lagipun dia pandai buat strategi. Tak pakai semua pakatan yang ada sebab nak lawan Jong-kook. Bila aku tengok ep ni nampak sangat dia dah tak kesah dengan Ji-hyo. emmm.... tu la. lepas dah berpisah pada ep80, langsung tak kesah. maybe dia memang dah lupa time tu. Tapi bila start ep 110+ iaitu lebih dari ep 110 tu dia dah rapat balik dengan Ji-hyo. Aku tak tahu kenapa aku suka and gila suka dengan lagu dia (Leessang) padahal dia tak hensem pun. =.= Maybe sebab aku tengok RM dan nampak dia macam seorang yang kelakar dan romantik aku jadi suka kot. Dan dia pemalu! 

Dan ini je lah kott nak update. Sekarang ni makin malas nak bukak Twitter sebab penuh dengan drama. Ayuni lah, Lyana Evans la.. get a life laa... apa guna buat drama free kat Twitter dan dosa free? Walaupun kadang2 aku join tapi bosenggg... Dan ade jugak attention seekers. Baru2 ni ade orang baru je follow aku pastu mintak couple. nampak tak permainan Twitter?? Kata nak bermanja.. puii! pergi bermanja dengan mak bapak lagi bagus. dapat pahala tak de dosa. pakej wei! tak mau? hahahha... enough la. Kalau dia baca habis aku. 

Saya mau tanya lagi. Result PMR bila KELUAR?? Aku dah menggeletar menunggu hari yang tiba sebab dah nak masuk bulan 12 laaa... Tapi yang pasti aku nak cuti lagi. Malas nak sekolah dan berhadapan dengan semua bende yang aku tak suka. Ramai tak tahu apa yang aku hadapi. Eh? tak. SEMUA tak tahu apa yang aku hadapi. sadlife again. T_T





Dah habis baca? Bacalah lagi! Terima kasih comel~

Dah Penat!


Assalamualaikum | Waalaikumussalam

Malam ni ada Shout Award dan Maharaja Lawak Mega. of course aku tengok Maharaja Lawak. Tapi disebabkan Shout Award start pukul 8.30 jadi aku tengok tu dulu kot. Lagipun aku nak tengok sepupu aku buat show je. Ohh.. sepupu aku tu bukannya penyanyi famous pun kat Malaysia ni. Tapi boleh jugak la dia buat show kat luar negara. Nama komersial dia ZE!. Tapi nama sebenar Sarah Zainal Zaidin.Dia ada buat show untuk Shout Award malam ni. Kalau korang perasan, dia juga pernah tercalon untuk Lagu Bahasa Inggeris oleh Penyanyi Tempatan pada Anugarah Industri Muzik 19 hari tu. Tapi malangnya dia tak menang sebab Doto' Siti, Yuna dan Jaclyn Victor tercalon jugak.  


Ok.kalau korang tengok blog aku dah tak ber-blogskin bagai. sebab aku rasa benda tu bosan dan tak boleh diubah. Jadi aku tukar balik ke simple template. senang sikit. Kejap lagi nak edit blog adik aku pulak. Kerja aku cuti sekolah ni edit blog je la! Penat! Nasib baik Aina tolong buat header! ringan sikit beban aku, sebab laptop aku tak boleh download Photoshop bagai tu. 

Semalam teman ayah aku bawak adik aku yang sunat tu pergi klinik nak buat check up. Aku dah cakap awal2 tak nak pergi tapi adik aku mengada suruh pergi. Bila sampai klinik nasib baik sempat sebab doktor tu nak keluar dah. Aku dengan Syani tunggu kat luar. Orang perempuan mana boleh tengok benda tu! Mula-mula kitaorang tengok tv kat klinik tu. Pastu aku dengar adik aku menjerit sakit kat dalam bilik tu. Mula2 perlahan je tapi baru 5 minit dah makin kuat. Kuat suara tu sampai luar klinik tu. Aku dengan Syani rakam suara adik aku tu kat luar bilik. Pastu bila dia dah keluar kitaorang pasang balik suara adik aku menjerit. Kelakar tengok muka dia tahan sakit. aihhh.. adik lelaki seorang ni susah betul! Bila dah sunat macam kena langgar kereta je sakitnya. Padahal bukannya sakit mana pun kan??Ok. sampai sini je aku nak tulis sebab dah petang dan dah sakit mata tengok laptop ni! Adios!

Result PMR bila keluar? Ada yang cakap 27/12 ? Betul ke? Aku dah cuak nak tungu result ni! Dan aku langsung tak teruja nak start form 4 sebab form 4 & 5 susah la!!

Dah habis baca? Bacalah lagi! Terima kasih comel~

The Romantic & Idol


Assalamualaikum | Waalaikumussalam.

Tajuk hari ni SUNAT! hehehe... bukan aku yg nak sunat. tapi adik aku. Ohh! sungguh parah! Semalam ingatkan dia sunat pukul 9 pagi. pastu doktor tu cancel buat malam pulak. Jadi sepupu aku ngan nenek aku dah datang rumah sebab nak tengok dia sunat la. rupanya tak jadik! Bila malam pulak, lepas maghrib adik aku dah pergi klinik nak sunat guna laser. pukul 10 malam dah sampai rumah. woo! mak aku cakap adik aku masuk bilik tu relax je. tak menjerit langsung! dah habis pun dia relax lagi. tapi relax dia kejap je. sampai rumah dia meraung kata sakit. Tu la, ego lagi! Haahaa... Okay. jadik sekarang ni dia parah sangat sebab kata tempat sunat tu sakit. Memei la sakit! Penat aku nak jaga adik yg seorang ni. Alamatnya tak dapatla keluar dengan member esok! emmm...~


Yay!! Hari ni aku nak cerita pulak pasal new variety show! The Romantic & Idol! Kau tahu aku nampak cerita ni jadik tengok la. sebab baru ep1 excited sikit nak tengok! Hah! Nama yg terlibat ada dalam gambar kat atas. serius aku cakap kat korang best nak mampus! bagi orang yg minat k-pop macam aku ni memang la nampak best. tak tahu pulak korang. hheheehe.. :)



Cerita ni pasal diorang nak 'jodoh'kan idol-idol dari grup korea yg ada. First aku tengok baru aku tahu Mir ni banyak cakap! haha...Tapi memang Jun.K(2PM) handsome+comel nak mampus! lagi2 dia dapat pasangan dengan Jei(FIESTAR).Tu baru first date. nanti diorang akan bertukar2 pasangan! argh!! tak sabar ep2. Kalau nak tengok boleh pergi kshownow. Ada eng sub lagi tau! Hope korang suka dengan cerita anekaragam yang baru ni. heheh.. melayu sangat!

Btw. adik aku dapat 2A2B1C untuk UPSR. Ok la tu. keputusan yg memberansang kan. aku expect 3A. tak pe la. aku pulak yg risau aku dapat berapa PMR nanti! -,-"

Dah habis baca? Bacalah lagi! Terima kasih comel~

Trip to Johor and Melaka


Assalamualaikum | Waalaikumussalam

HaHa nak Kahwin!!! wuuuuu~~   aku tahu berita ni masa tengok RM episode baper tah aku dah lupa. Saja nak bagitahu sebab diorang (HaHa & Byul) kahwin akhir bulan ni kalau tak salah. Yeah! akhirnya 'budak' ni kahwin dulu sebelum JK. Ouh.. bukan tu sebenarnya aku nak update. Tapi aku nak update pasal aku pergi Johor dan Melaka selama 2 hari dan 1 malam. Tak lama dan tak sekejap sangat. Sebab aku rasa. lama betul aku kat Johor tu. Heeee~

Sabtu 10/11/12


Pagi2 lagi mak aku bising suruh bangun awal sampaikan suara mak aku masuk dalam mimpi aku. OhMy... Aku bangun dalam pukul berapa aku lupa tapi boleh dikatakan awal dari waktu aku bangun setiap pagi. Yelah..nightmare kot tengok anugerah skrin malam tu.bosan tahap maksima! apabendalah diorang melalut.Aku pun dah melalut.heehee.. ok. lepas ambil opah kat Keramat kitaorang pun bertolak dalam pukul 11 pagi. mak aku bising android dia habis bateri cepat sebab nanti nak tengok jalan mana yg tak jem.Lepas sampai kat Muar pukul 2, kitaorang pergi makan kat kedai sebelah laut.





Hoohoho.. ayat tergantung! pastu kitaorang dah kenyang ofcourse pergi check in hotel. Sepupu ayah aku asyik call kat mana je. Lepas check in letak beg dan kenal semua sedare mare kitaorang pergi jalan2 berhampiran hotel tu. Ohh! aku lupa yang kitaorang pergi Muar sebab ada majlis pertunangan sedare aku. Jadi diorang dah sponsor hotel untuk kitaorang bermalam dgn sedare yg lain jugak. Syok memang syok dapat tidur free. heehee.. malam tu kitaorang jalan2 malam dekat Muar. tengok apa yang best tapi tak de pun yang best! Balik hotel dapat makanan free,di-sponsor okey! Lepas makan tido!

Ahad 11/11/12
Bangun Pagi! mak ayah aku dengan adik aku yg dua orang tu pergi breakfast dekat cafe hotel. kakak2 mereka masih terbaring tidur tak sedarkan diri sampai pukul 9. mak aku balik bising lagi tak mandi sebab sedare aku tu suruh berkumpul dekat lobi hotel pukul 10. lepas dah siap cantik2 pakai baju kurung letak ,beg kat dalam kereta ,check out hotel ,kitaorang menunggu yang lain dekat lobi sebab diorang nak agihkan hantaran dekat semua kereta dan tangkap gambar ramai2 kat lobi hotel tu. 

with my family at lobi hotel

Hantaran dari tunang lelaki . berapa je la yang ambil sebab yang lain ada dekat orang lain. heehee~


Lepas sampai kat rumah tunang perempuan, aku suruh adik aku ambil gambar orang tu nak bincang pasal duit hantaran. And then pergi makan, pastu ambik gambar dengan tunang tu. bukan pengantin lagi okey! lepas dah habis semua apa lagi? balik la. singgah dekat Masjid Jamek Sultan Ibrahim.


Hantaran dari tunang perempuan. aku suka kek kat atas tu. macam SEDAP!

Yeah! lepas berapa jam perjalanan ikut jalan kampung akhirnya sampai gak MELAKA. Melaka ni lagi teruk dari KL kot. sebab jalan dia tak habis2 jem. KL tak ade la jem selalu. dan jalannya yang sempit pun susah gak. ayah aku berkali2 sesat padahal dah pernah lalu jalan tu. Melaka dah maju. Aku just letak gambar U tengok okay. 


















Dapat la jugak merasa naik Menara Taming Sari tu. Best memang best. Jadi ni je la yang aku nak tulis. penat nak upload gambar. bye! Assalamualaikum | Waalaikumussalam.







Dah habis baca? Bacalah lagi! Terima kasih comel~

Entri Panjang?



Sudah lama aku tak update.. lama ke? alaa... tak la lama mana kan? saja kata lama sebab aku rasa lama. hah? okay. lantaklah. Untuk pengetahuan saya dah habis sekolah. eh.. bukan tak sekolah dah tahun depan cuma saya dah start cuti. Hehe.. typo! orang lain minggu ni sekolah lagi. HoHo kesian! dan hari ni jugak start SPM. 

Good Luck All Cadidates SPM. Jangan usha pengawas peperiksaan seperti yg kami buat masa PMR dulu. heehee .. :D
Pada hari jumaat last sekolah tu ada hari penutup aktiviti lepas PMR. And I want to congrates to pengetua sebab dah sembuh. macam mana saya tahu? dia bagi ucapan Panjang Punyerr! hahaa... apapun secara keseluruhan aku dapat 4 hamper. terror tak? heheh... aku menang Bola Jaring,Kuiz Sejarah,Treasure Hunt dan Explorer(tak tahu eja! =,= ). Treasure Hunt dengan Explorer aku memang expect tak menang, tup tup menang pulak.. haha.. nak buat macam mana. kitaorang ni hebat! haha.. bajet bajet jerr! Tapi hadiah Treasure Hunt aku tak ambil sebab ramai sangat. macam tak cukup je untuk semua kump 1 walaupun dapat no 2. aihh.. dan yang menyedihkan aku hanya bawak balik hadiah 2 kotak kecik makanan dan 1 botol air mineral yg dalam tu ada air Excel 8. Sungguh tak berbaloi! kakak aku cakap rugi je kau masuk bertanding. tapi aku tak kesah sebenarnya. sebab atleast aku ada kenangan dengan kawan aku sebelum cuti. touching tak??

Okay. Aku nak cerita pasal Explorer. yang aku rasa agak mencabar. chewaahhh! okay. Aku,Qila,Faz,Fiza dgn Mizatul kump 9. jadi kitaorg kena start dari checkpoint 3. cp 3 ni kena pusingkan gelung hula. arghh.. aku tak pandai buat! jadi aku hanya pusingkan gelung tu je. tapi malangnya dah kantoi! cikgu Diyana nampak dia suruh buat lagi sekali. emm.. tapi tak buat pun! haha.. degil tak? sebab tu menang! pastu pergi cp4. kena bawak bola kat kaki jangan bagi jatuh. ok,kacang je! cp5 kena masuk bola dalam jaring. kump kami tak sape dapat masukkan. jadi 0 jelah! pastu pergi cp6. ini paling susah. abang f4 dia suruh kitaorang lompat macam pocong sampai dinding pastu jerit "Kami sayang Cikgu Nahar!". Malu woii!! banyak cikgu kat atas! 

Pastu dia suruh kitaorang cari cikgu yg kat kertas tu dan ambil tandatangan. mula2 acik kantin. dah dapat jumpa cikgu Najwa pulak. dia suruh cari  sendiri no plat kereta dia baru dia tandatangan. gila ke apa. mana nak cari kereta dia masa tengah panas terik tu?? pastu kitaorang dapat bantuan kata kereta cikgu Najwa jenis apa.Jadi Qila dgn Faz pergi cari yg lain cari cikgu lain pulak. Pergi kat f1 jumpa cikgu Lee Yoke Peng. Pergi bilik Urusetia Peperiksaan jumpa cikgu Kamisah. Dan last sekali kena cari Ustaz.Serius aku kata ustaz menyorok! penat aku cari keliling satu sekolah rupa2nya kat dalam bilik guru je. Ada dalam bilik yg aku tak tahu bilik apa. haih! Pastu pergi cp1.buat wordsearch.Qila power bab ni jadi aku relax kejap. pergi pulak cp2.sepak bola secara zig zag. aku terror taw! macam Shahrul Azwari ataupun Park Ji-Sung. hehehe.. last sekali buat puzzle! punyerla banyak dia suruh kitaorang buat. sungguh penat! 

who beside song ji hyo?

Aahh.. dah habis cerita pasal tu. Dan sekarang pasal Ji hyo dan Gary. memang semua dah tahu diorang dah berpisah(Monday Couple).ermmm.. sedih kott.. Gary alone again! Ji hyo pulak berpisah sebab dia dah couple dengan CEO dia. boss dia la. jadi pengarah RM kata diorang kena berpisah. ye la! dah pakwe CEO. kena la ikut. dan paling kesian MC tu secara spontan.bukan ikut skrip. KESIAN! ~,~ .[ |-_-| & (^_^) ]
Tengok gambar kat atas tu.Kabur sikit. Tapi aku dah tengok yg real punye. argh! diorang tak sesuai! :(

Aku ada kata nak buat entri pasal Pangkor kan? Lain kali lah. Malas pulak! haha.. Doakan ingatan aku masih kuat untuk ingat balik masa kat sana. heehee.. :)

Dah habis baca? Bacalah lagi! Terima kasih comel~

Hye! I'm Back!



Assalamualaikum! sudah lama aku tak update. apalah berita terbaru? PMR dah lepas. jadi ada banyak aktiviti lepas PMR. memang best aktiviti dia walaupun ada yang bosan. sehari sebelum cuti Hari Raya AidilAdha aku dan geng form 3 pergi Mid main bowling! yeah... macam la pandai sangat main kan? hahaha.. tak pe! puji diri sendiri pun sudah memadai. aku rasa dah tahu keputusannya walaupun tak tengok lagi. terror tak? of course kumpulan aku nombor last! hahaha... main pun macam apa. masuk longkang paling banyak dan kitaorang paling lambat habis. eish! malu betui!


Oke. Kemudian kitaorang ada game lain pulak start sekolah lepas cuti aidiladha. ohh..lupa! masa cuti aidiladha aku ada balik kampung and pergi Pangkor! best tak? jealouslah! haha.. nanti aku buat entri pasal Pangkor pulak. Back to story. ada Explorace, Bola Jaring, Treasure Hunt. Banyak la... dan aku menang Kuiz Sejarah dan Bola Jaring.. hehehe.. tak sabar nak dapat hamper esok! eleh. macam la kita dapat satu sorang hamper! :p Dan pada hari isnin abang/kakak akan menghadapi hari paling penting dalam hidup mereka. S.P.M. aku yang dengar pun dah kecut perut. apatah lagi diorang yang nak jawab ni! Tak pe. Jawap elok2 dan berdoa sebanyak yang mungkin! Chayyok!! Hwaighting!!.. semua bahasa keluar! hahaha.. 



Aku dah ketagih Running Man semula. eh? tak! bukan 'semula' tapi memang dah lama! lagi lagi kalau Song ji hyo dengan Gary. memang diorang paling terbaik dalam Running Man. dan aku dah tengok since bulan Jun/Julai tahun lepas. sebab bulan tu la mak aku langgan HD. hehe.. sayang Ibu sebab langgan HD yang ada cerita korea sekali. dan untuk pengetahuan korang mak aku pun dah ketagih korea gara2 KAMI lah. haha.. asyik bukak cerita korea mak aku pulak yang lebih! :p 

Untuk kesekian kalinya. Esok jugak last sekolah. sungguh................ nak sedih! nanti tak jumpa classmates yang gila2  lagi sampai hari result PMR nanti. Kalau ada yang pindah macam mana? sunyi kott.. dan aku akan rasa sedih. eh? betul tau! tak tipu! kenapalah tahun ni cepat sangat? Tanda kiamat. nak buat macam mana. :'(

Ini saja entri aku untuk kali ini. dan jangan risau. saya dah jawab PMR sebaik mungkin. Insya-Allah dapat markah cemerlang. Doakanlah ye! :D 


Dah habis baca? Bacalah lagi! Terima kasih comel~