I am FANGIRLING.


Assalamualaikum | Waalaikumussalam.

Cuba korang klik  SINI . macam tak percaya kan? 

Yaaa...... im back. Sebenarnya malas gila nak update walaupun blog tinggal lagi 15% nak siap. Pagi tadi ayah aku bad mood kejap. Tak berani nak online. Jadi bila ayah aku keluar kejap aku pun online la. Mula2 tu nak layan cerita yang mak aku download,tapi hardisk tak boleh baca. Jadi pergi la kat kshownow. Tengok mana-mana cerita best. And suddenly nampak cerita The Romantic & Idol ep2. Gila aku nak tengok cerita ni.....arghhh... aku menjerit kat situ jugak! hahahaha...



Tapi actually aku dah lama perasan cerita tu dah ada tapi malas nak tengok sebab dah pukul 1 pagi. Penat mata nak tengok jadi postpone kejap. Dan al-kisahnya petang tadi dapat tengok. Eish! cerita tu kejam sangat! diorang baru nak suka sama suka pastu suruh tukar pasangan pulak. Thats not fair at all. Dan...... Jun.K tanya kat Jei dia mintak tukar pasangan ke stay? Tapi Jei tak jawab pun. Yg pasti Jun.K memang mintak stay sebab dia dah suka Jei. Last2 dapat tahu Jei mintak tukar,remuk hati Jun.K weii.. Sebab Jei mintak tukar aku tak tahu. Pastu bila nak tukar pasangan tu Jun.K dapat dengan JiHyun. Tetiba dia suka JiHyun pulak! katanya comel la, apalah. Rupa2 nya semua 4 lelaki tu nak dengan JiHyun. Tak tahu kenapa aku tak suka JiHyun. ._. Mir kata dia dengan JiHyun dah macam takdir. Takdir apamendenye? -,- Pastu Hyunsik pulak nak jugak si JiHyun tu. Bila JiHyun dekat dengan dia, dia senyum tapi bila tak ade dia masam. JB pulak mintak stay tapi kalau boleh dia nak dengan JIHYUN jugak. haih! kesian Jei tak de sape nak. :( huahua!


Disebabkan ada masa lagi sebelum maghrib aku layan Running Man yang Wedding Race tu sampai la tadi hah. Tak tahu kenapa aku tak tengok ep ni padahal aku rasa aku dah khatam semua ep RM ni. Tapi yang pasti aku suka giler kalau Gary menang. Seriously. Dia dengan Kristal memang match sangat. Lagipun dia pandai buat strategi. Tak pakai semua pakatan yang ada sebab nak lawan Jong-kook. Bila aku tengok ep ni nampak sangat dia dah tak kesah dengan Ji-hyo. emmm.... tu la. lepas dah berpisah pada ep80, langsung tak kesah. maybe dia memang dah lupa time tu. Tapi bila start ep 110+ iaitu lebih dari ep 110 tu dia dah rapat balik dengan Ji-hyo. Aku tak tahu kenapa aku suka and gila suka dengan lagu dia (Leessang) padahal dia tak hensem pun. =.= Maybe sebab aku tengok RM dan nampak dia macam seorang yang kelakar dan romantik aku jadi suka kot. Dan dia pemalu! 

Dan ini je lah kott nak update. Sekarang ni makin malas nak bukak Twitter sebab penuh dengan drama. Ayuni lah, Lyana Evans la.. get a life laa... apa guna buat drama free kat Twitter dan dosa free? Walaupun kadang2 aku join tapi bosenggg... Dan ade jugak attention seekers. Baru2 ni ade orang baru je follow aku pastu mintak couple. nampak tak permainan Twitter?? Kata nak bermanja.. puii! pergi bermanja dengan mak bapak lagi bagus. dapat pahala tak de dosa. pakej wei! tak mau? hahahha... enough la. Kalau dia baca habis aku. 

Saya mau tanya lagi. Result PMR bila KELUAR?? Aku dah menggeletar menunggu hari yang tiba sebab dah nak masuk bulan 12 laaa... Tapi yang pasti aku nak cuti lagi. Malas nak sekolah dan berhadapan dengan semua bende yang aku tak suka. Ramai tak tahu apa yang aku hadapi. Eh? tak. SEMUA tak tahu apa yang aku hadapi. sadlife again. T_T





Dah habis baca? Bacalah lagi! Terima kasih comel~