Syukur Alhamdulillah,Ya Allah. :)


Assalamualaikum | Waalaikumussalam.

Dah lama tak update. Rasa macam blur sekejap nak tekan button mana. hehehe.. Ok. Straight to the point! No belok-belok! Hari ni tarikh yang amat bermakna bagi Aku dan Batch '97. Yup! Result PMR. Sebenarnya sebulan sebelum tu dah start gelabah semacam. Tidur tak lena sebab asyik mimpi result je. Aku punye mimpi tu la paling SERAM sekali yang aku pernah kene. Eish! Nasib baik tak betul! Today I want to story to you all about today. Dari pukul berapa ke pukul berapa. Jadi aku expect entri ini panjang sikit. :)


7.00 pagi.
Masa ni dah bangun dah. Tapi terlajak jugak solat subuh. Nasib baik sempat sebab Ibu dah kejutkan dalam pukul 6 lebih. Lepas solat dan salam Ibu sebab Ibu nak pergi kerja, lepak tengok TV dulu sebelum tunggu kain kat mesin basuh tu habis basuh. Pukul 8 lebih baru sidai kain dan dalam pukul 8.30 pagi aku telepon Epa kata aku tunggu kat bustop pukul 9.30 tapi diorang kata pukul 9. Jadi terpaksa gosok baju sekolah cepat-cepat and then baru mandi.

9.15 pagi
Aku punye tunggu kat situ baru nampak batang hidung Epa. Aihh... cantiknya berbaju kurung! Tapi dalam kalangan kitaorang tu, aku sorang je pakai baju sekolah. Jadi masa nak pergi makan kat Q-Bistro tu mesti orang pikir, kat sekolah ada apa? Solat hajat?. Ohh..... malu sekejap. hehehe.. Lepas dah order makan semua tu kitaorang borak-borak. Tetiba Epa kata dia nak check result PMR guna sms. Disebabkan dah pukul 10 jadi dorang hantar la message tu. Mula-mula Hazana pastu Epa. Sumpah aku tak nak buat bende tu sebab nanti tak syok! Orang nak rasa gembira bila Pengetua panggil nama kita kat atas pentas dan ambik slip tu. Baru awesome!

10.30 pagi
Masa ni dah bertolak nak balik sekolah. Tetiba jumpa Affiq dengan Akmal dekat Cendana. Diorang cakap tak boleh masuk kalau pakai baju biasa/kurung. Kene pakai baju sekolah jugak. Jadi diorang gelabah sekejap mana nak cari baju sekolah sebab rumah Faz dengan Hazana jauh. Dah alang-alang dekat Cendana, Epa balik naik atas tukar baju. Pastu dia cakap dia boleh pinjamkan baju sekolah dia dekat Hazana. Faz pulak ayah dia boleh tolong hantarkan baju tu pastu nanti dia tukar la. Semua dah cuak sebab dah dekat pukul 11 pagi. Takut nanti kitaorang lambat naya kang~  

Dalam masa menunggu gosok baju tu dekat rumah Epa, Hazana dapat message. Dari KPM, dia dapat 6A2B. Dekat situ jugak dia menjerit! Aku dah macam.................. Blank, blur semua ada. Masa kitaorang nak keluar rumah Epa dah macam takut sebab msg dia tak dapat lagi. Elok je dia nak tinggalkan rumah dia tu dia dapat msg dia dapat 8A. Dia lari balik dalam rumah peluk mak dia, gembira sakan. Aku hanya mampu berdoa sebab kawan-kawan aku dapat result bagus!



11.15 pagi
Masa ni aku dengan Aqilah dah ada kat dalam sekolah. Yang lain tunggu Faz tukar baju sekolah. Ceit! Boleh rupannya pakai baju kurung tapi kene masuk lambat la. Apodei~ Mula-mula tu Pengetua umum statistik untuk tahun ni dan dibandingkan dengan tahun lepas. Bila aku dapat tahu Bm dan Sc meningkat, aku rasa macam ada harapan untuk aku dapat A. Tapi yang sedihnya Math, Bi, dan Geo menurun. Ohh... mintak dijauhkan. 

Klimaks
Saja aku asingkan sebab nak bagi suspen jap. :) Ok. Lepas Pengetua berucap semua tu.......... Dia nak umumkan siapa dapat 5A-8A. Aku time ni dah mula menggigil sebab langsung tak tahu dapat berapa. Masa nak umum tu Pengetua sempat cakap yang tahun ni tahun last dia kat sekolah ni. Dia bersara. Jadi tahun depan Pengetua baru. Masa tu punye ramai yang buat-buat terkejut dan ada suara mengeluh macam tak puas hati gitu! Tapi apa yang aku tahu diorang senyum bila dapat tahu. Aihh... Tak baik macam tu! 

Mula-mula dia umumkan 5A tu, ada nama Nik Izrin. KItaorang terujalah sebab dia masa tu duduk sebelah aku. Tetiba dia starts menangis. Aku dah macam.... apahal nii?? Nasib baik ada Ain dan Farah tenangkan dia. *kesat air mata* And Then dia umum 6A ada nama Hazana. Hazana langsung tak terkejut. Dia senyummmm je.. Dan orang yg dapat 6A ada dua orang je, Hazana dan Nadirah. Masa dia bagitahu yang orang yang dapat 7A ada 11 orang aku dah mula rasa takut sebab nama aku tak naik-naik pun. And Last, Nama aku muncul jua..... heheheh.. Aku expect 8A tapi ada orang yg layak dapat daripada aku.

Aku tak tahu aku ni keturunan apa tapi sejak UPSR aku langsung tak menangis kalau dapat result cemerlang. Time dia umumkan tu, tepat-tepat Ibu call aku.

Ibu: dapat berapa?
Aku: Cuba teka? *senyummm*
Ibu: Ibu mana reti teka-teka ni. Bagitahu je la.
Aku: 7A kot. Tak sure sangat sebab bising. ataupun 6A. Kejap lagi orang call la.
Ibu: Ok.
Kemudian cikgu bagitahu pulak siapa dapat 8A. Nama first sekali yang keluar ialah Azam Fuad. Aku dah macam................ blank+blur sekali lagi. Mula-mula tu ingatkan Azam Rosli. Pastu cikgu Suadi suruh Azam bangun, kitaorang kelas Amanah dah terjerit sebab tak sangka langsung dia 8A. Dia sendiri pun blur je masa ambik hamper & slip tu. Tangan Aqilah time tu dah pegang aku punye tangan kuat-kuat sebab gementar. Aku bagitahu dia "Kau dapat 8A punye! Percaya cakap aku" Dan tup-tup nama dia ada. Dia dengan bangun secara sopan tak tahu nak pergi kat pentas dulu or peluk mak dia dulu. Alhamdulillah. Kawan-kawan aku semua berjaya dapat markah cemerlang. Berkat kita kongsi Ilmu walaupun banyak ketawa je.


Dan Target Pengetua nak semua lulus PMR tercapai. Dan 8 orang dapat 8A berbanding tahun lepas iaitu 4 orang je. Azam, Suraya, Atiqah, Aqilah, Suraya, Hanum, Puvend dan Ehffa. :D Lepas dah hambik slip dan sijil, aku tepon mak aku cakap aku comfirm 7A. Ibu tanya nak apa aku kata nanti dululah. Aku tengah happy ni nanti mintak yg bukan-bukan pulak. Bangkrap mak aku~ Pastu pergi jumpa kawan-kawan tanya result semua. Peluk-peluk ucap tahniah. Mana tahu tahun depan tak jumpa dah. Sedih! Nanti aku rindu semua kenangan dengan 3Amanah. :'( 


Dalam aku gembira ada jugak sedih sebab............
  1. Tak dapat jumpa cikgu Juniwati sebab dia sibuk. 
  2. cikgu Suadi jumpa sekejap cakap terima kasih kat dia sebab akhirnya Geo aku A. 
  3. cikgu Norafidah pun tak sempat sebab dia dah pindah. 
  4. Dan paling tak cun bila tak jumpa cikgu Azizan (Cik Ej) sebab aku langsung tak nampak dia tadi, dia tak datang ke?
  5. cikgu Salwa.... huhuhu.. ni cikgu yang aku nak jumpa sesangat tapi tetap tak jumpa pun tadi!
  6. cikgu Zuruwati aku jumpa sekejap salam tangan dia sebab time tu Nik tengah nangis dekat cikgu. 
  7. cikgu Norhamizah, dia ada tapi tak sempat nak salam. :( 
  8. Dan last sekali my favorite teacher ever after!!!! Ustaz Afiq! Ustaz, akhirnya saya dapat A ustaz, walaupun dulu time exam ustaz punye payah nak bagi A kat saya! Tadi terserempak sekejap dengan Ustaz naik motor baru sampai sekolah, tapi time tu aku nak balik dah. Tak berkesempatan! *nangis tak berlagu*

12.00 tengah hari
Dan........ selamat akhirnya sampai kat rumah. Aku tunjuk result aku dekat ayah aku dan adik aku. Eish! dengki betul adik aku ni. Dia paksa aku buat kerja rumah pulak. Dia ingat aku nak dengar? Tak de maknanya. Aku yang paksa dia buat balik. Bila aku dah selamat sampai rumah tu of course la ada panggilan masuk. Sedare kat kampung semua call kata Tahniah & Congrates. Aku dah macam......... masa aku dapat 4A UPSR tak macam ni pun? Apahal lain macam je? hehehe.. Apa apa pun result yang korang dapat JANGAN kecewa. Kita dah berusaha dan mungkin itu Ujian Allah untuk hambanya. Buat yang terbaik lagi pada masa hadapan. Chayook! Selamat Maju Jaya. :D

P/s: Hajar. Walaupun kau dapat result sama dengan aku, Tapi Gary tetap aku punyer!! -,- Jangan lah ambik! Dia caring okay! p

Dah habis baca? Bacalah lagi! Terima kasih comel~

Harimau Malaya, Hero Malaysia


Semalam mesti ramai tengok bola right? Of course la. Malaysia lwn Indonesia. Awal2 lagi Indon dah yakin boleh menang. Dan buat kacau sebelum masuk stadium. Giler ramai penyokong indon. 10,000 orang kot. Ini mesti ada yang tak de permit ni. Cari rezeki negara orang buat hal pulak. Aku masih tak sure penyokong Malaysia atau Indon yang buat hal dulu. Tapi yg aku yakin Indon buat hal dulu. Ye la. Penyokong Malaysia masa lawan Singapura pun tak macam tu. Stop pasal ni. Nak cerita pasal game pulak

Dari hari Jumaat aku rasa tak sedap hati. Yes! tak tahu kenapa. Semalam habis satu rumah buat operasi. Kemas sana sini. mak aku ugut tak bagi tengok bola kalau tak kemas rumah. Kejam kan? Tapi apa kesah. Dia mesti tengok jugak. Mesti la sangat. Start bola tu dia tengok cerita lain kat tv kecik dalam bilik. Bila dah gol pertama dia kata Harimau Malaya akan leka. Aku cakap jangan sebut! Nanti makbul. Tapi alhamdulillah. Malaysia 2-0 Indonesia. Actually. Bukan ini yang aku nak cerita. Walaupun sebenarnya tajuk ni pendek sahaja yang perlu ditulis.


Kenal mamat kat atas ni? Yup! Wan Zack Haikal Wan Noor. Semalam nama dia trending kat twitter bersama sama Mahali Jasuli kalau tak salah. Kesian dia baru sekarang famous. Tapi sebenarnya dia tak kesah. Yang penting dia dah buat terbaik untuk Malaysia. Tapi pelik gak baru sekarang dia dikenali padahal dah lama dia kat Harimau Malaya. Dulu masa 2010 kalau tak silap aku, aku dengan ayah aku gelarkan dia 'Rambut Perang'. Tengok rambut dia. Kan perang tu

Sebenarnya korang pun nak cakap aku ni minat bola sepak sebab pemain dia kan? SALAH! totally salah. Aku minat bola sepak bola. Yes! Ramai perempuan suka sebab pemain tapi bukan aku. Actually, Aku kenal semua pemain. Fadhli Shas, Gary Steven, Wan Zaharul Nizam, Shahrul Azari, Fakri Shaarani. Gebang tak? kalau boleh nak senaraikan semua. But, yang pasti Wan Zack ni aku kurang sikit. sebab dia dah ada awek. Ceit! penipu! Tak lah. Dia dah lama ada awek kot. Aku lebih pada Fadhli Shas, Wan Zaharul Nizam(Kecik), Muslim Ahmad and Shahrul Azwari.

Fadhli Shas. Dah ada awek! :)
Wan Zaharul Nizam Zakaria. tak tahu ada ke tak.
Muslim Ahmad. Ini pun aku suspect jugak.

Shahrul Azwari. Aku rasa dah ada awek. Muka dia macam crush aku sikit. sikit jerr.. :p

Hehehe.. mesti korang cakap aku ni penipu. Tadi kata tak minat pemain la bla bla bla.... Memang la aku ada minat jugak. Tapi lebih kepada bakat diorang la. Dan rupa. :) Orang gila je yang pandang diorang sambil lalu. Dan aku bersyukur aku tak gila lagi bila pandang diorang. Ada la sikit, masa tu aku letak gambar Wan Zaharul Nizam jadi wallpaper handset aku. Gedik sikit. =,= . 

Tadi sebelum dinner sempat tengok BernamaTV. Ada berita twitter. Tak tahu pulak aku twitter ada berita. -,- Tajuknya #5 Trending Utama. Wan Zack pun ada. Of course la. Wan kan trend semalam. tapi yang tak bestnya Mahali tak de pun tersenarai. Tanda ketidakpuasaan hati.(sebut ikut suka hati korang) Tapi dalam berita tu pun ada sebut girlfriend Wan Zack. Kempunan la wanita di seluruh Malaysia ni. hohoho.. Awek dia cantik tau! Lepas tu bukak tv3 ada berita suka. cun la. Bangga kejap bila dapat masuk separuh akhir. Doa-doakan lah menang ye minggu depan.

Now I'm watching Ultras Malaya and video gol semalam. Ada kecelaruan sekejap pasal gol Azammudin Akil tu. Tapi yang pasti bola memang masuk. Bye. Adios. Annyeong. Assalamualaikum.

P/s: Result PMR comfirm 19/12 ke? Inform secepatnya boleh tak?

Dah habis baca? Bacalah lagi! Terima kasih comel~

Hari Yang Menyeronokkan?


Assalamualaikum.

Ada sesiapa yg kenal kat atas ni?? weeee~~ Vixx! Seriously aku kenal diorang masa kat Shout Award. Sedihkan? :'( But tak pe. Actually, mak aku jumpa Vixx masa hari jumaat lepas (30/11/12). Jealous? Tak payah! hahaha... mak aku kata masa tu dia tengah makan kat Sungai Wang, tetiba dia dengar ramai orang menjerit. Pastu mak aku kata tu kumpulan Hi-5 dari Korea. Aku pelik kejap. Setahu aku mana ada kumpulan nama tu kat Korea. Adik aku yang dengar terus jawab, "Ohh.. yang karton tu eh?". Semua keluarga aku gelak. Memang pun, bukan ke Hi-5 tu yang karton tu. Mak aku bingung kejap. Esoknya iaitu Sabtu. Mak aku beli paper dan ada berita pasal Vixx. Aku baca dari a-z. Ohh.. mak aku jumpa Vixx kat Sungai Wang. Apabendalah mak aku ni. Salah baca banner la tu! Sedih lagi sebab mak aku tak ambik gambar pun. :'(


Yo! Istanbul Aku Datang! Petang semalam tengok cerita ni. Best giler kott. Lisa comel, Beto handsome, Tomok cute. Jalan Cerita dia okey. tak special sangat. Orang lain boleh buat jugak. Tapi yang bestnya..................... Entah. Hahhahaha.. Paling lawak time dia dengan Beto gaduh. Comel!

Malam tadi tengok Running Man Marathon. Err.. 3 episode kot. Aku tengok 2 ep je sebab dah ngantuk. RM tu habis pukul 4 pagi tahu tak. Ayah aku pulak tidur kat ruang tamu. Susah! Jadi kene tengok kejap je. Yang lawaknya bila Gary jealous tengok Ji-Hyo dengan HaHa. Ohh.. Comel

S1
Gary: Awak nampak gembira dengan HaHa.
JiHyo: Memang lah. Dia bagi saya cermin mata, topi, makanan....
Gary: Oh. Jadi itu jela yang awak nak? 
S2
Penonton: Gary, mana Jihyo?
Gary: Dia dengan lelaki lain!!!




Ingat tak hari Jumaat siapa punya wedding? HaHa and Byul! Wee! comel dan sepadan! Aku tengok video kahwin Haha dengan Byul kat Youtube best! Boleh nampak tak Leessang kat dalam gambar tu? Yes! yang kiri tu Gary. Aku boleh tengok sikit je sebab internet lembab macam siput tengah makan!! Tapi apa yang aku boleh nampak dalam video tu ialah RM members. Gary, Jong-kook, Suk Jin, Jae Suk, Kwang soo. Ji Hyo tak tahu ada ke tak. nak tengok lagi ni. Ok bye!

p/s: panjang ke entri aku ni?






Dah habis baca? Bacalah lagi! Terima kasih comel~

I am FANGIRLING.


Assalamualaikum | Waalaikumussalam.

Cuba korang klik  SINI . macam tak percaya kan? 

Yaaa...... im back. Sebenarnya malas gila nak update walaupun blog tinggal lagi 15% nak siap. Pagi tadi ayah aku bad mood kejap. Tak berani nak online. Jadi bila ayah aku keluar kejap aku pun online la. Mula2 tu nak layan cerita yang mak aku download,tapi hardisk tak boleh baca. Jadi pergi la kat kshownow. Tengok mana-mana cerita best. And suddenly nampak cerita The Romantic & Idol ep2. Gila aku nak tengok cerita ni.....arghhh... aku menjerit kat situ jugak! hahahaha...



Tapi actually aku dah lama perasan cerita tu dah ada tapi malas nak tengok sebab dah pukul 1 pagi. Penat mata nak tengok jadi postpone kejap. Dan al-kisahnya petang tadi dapat tengok. Eish! cerita tu kejam sangat! diorang baru nak suka sama suka pastu suruh tukar pasangan pulak. Thats not fair at all. Dan...... Jun.K tanya kat Jei dia mintak tukar pasangan ke stay? Tapi Jei tak jawab pun. Yg pasti Jun.K memang mintak stay sebab dia dah suka Jei. Last2 dapat tahu Jei mintak tukar,remuk hati Jun.K weii.. Sebab Jei mintak tukar aku tak tahu. Pastu bila nak tukar pasangan tu Jun.K dapat dengan JiHyun. Tetiba dia suka JiHyun pulak! katanya comel la, apalah. Rupa2 nya semua 4 lelaki tu nak dengan JiHyun. Tak tahu kenapa aku tak suka JiHyun. ._. Mir kata dia dengan JiHyun dah macam takdir. Takdir apamendenye? -,- Pastu Hyunsik pulak nak jugak si JiHyun tu. Bila JiHyun dekat dengan dia, dia senyum tapi bila tak ade dia masam. JB pulak mintak stay tapi kalau boleh dia nak dengan JIHYUN jugak. haih! kesian Jei tak de sape nak. :( huahua!


Disebabkan ada masa lagi sebelum maghrib aku layan Running Man yang Wedding Race tu sampai la tadi hah. Tak tahu kenapa aku tak tengok ep ni padahal aku rasa aku dah khatam semua ep RM ni. Tapi yang pasti aku suka giler kalau Gary menang. Seriously. Dia dengan Kristal memang match sangat. Lagipun dia pandai buat strategi. Tak pakai semua pakatan yang ada sebab nak lawan Jong-kook. Bila aku tengok ep ni nampak sangat dia dah tak kesah dengan Ji-hyo. emmm.... tu la. lepas dah berpisah pada ep80, langsung tak kesah. maybe dia memang dah lupa time tu. Tapi bila start ep 110+ iaitu lebih dari ep 110 tu dia dah rapat balik dengan Ji-hyo. Aku tak tahu kenapa aku suka and gila suka dengan lagu dia (Leessang) padahal dia tak hensem pun. =.= Maybe sebab aku tengok RM dan nampak dia macam seorang yang kelakar dan romantik aku jadi suka kot. Dan dia pemalu! 

Dan ini je lah kott nak update. Sekarang ni makin malas nak bukak Twitter sebab penuh dengan drama. Ayuni lah, Lyana Evans la.. get a life laa... apa guna buat drama free kat Twitter dan dosa free? Walaupun kadang2 aku join tapi bosenggg... Dan ade jugak attention seekers. Baru2 ni ade orang baru je follow aku pastu mintak couple. nampak tak permainan Twitter?? Kata nak bermanja.. puii! pergi bermanja dengan mak bapak lagi bagus. dapat pahala tak de dosa. pakej wei! tak mau? hahahha... enough la. Kalau dia baca habis aku. 

Saya mau tanya lagi. Result PMR bila KELUAR?? Aku dah menggeletar menunggu hari yang tiba sebab dah nak masuk bulan 12 laaa... Tapi yang pasti aku nak cuti lagi. Malas nak sekolah dan berhadapan dengan semua bende yang aku tak suka. Ramai tak tahu apa yang aku hadapi. Eh? tak. SEMUA tak tahu apa yang aku hadapi. sadlife again. T_T





Dah habis baca? Bacalah lagi! Terima kasih comel~

Dah Penat!


Assalamualaikum | Waalaikumussalam

Malam ni ada Shout Award dan Maharaja Lawak Mega. of course aku tengok Maharaja Lawak. Tapi disebabkan Shout Award start pukul 8.30 jadi aku tengok tu dulu kot. Lagipun aku nak tengok sepupu aku buat show je. Ohh.. sepupu aku tu bukannya penyanyi famous pun kat Malaysia ni. Tapi boleh jugak la dia buat show kat luar negara. Nama komersial dia ZE!. Tapi nama sebenar Sarah Zainal Zaidin.Dia ada buat show untuk Shout Award malam ni. Kalau korang perasan, dia juga pernah tercalon untuk Lagu Bahasa Inggeris oleh Penyanyi Tempatan pada Anugarah Industri Muzik 19 hari tu. Tapi malangnya dia tak menang sebab Doto' Siti, Yuna dan Jaclyn Victor tercalon jugak.  


Ok.kalau korang tengok blog aku dah tak ber-blogskin bagai. sebab aku rasa benda tu bosan dan tak boleh diubah. Jadi aku tukar balik ke simple template. senang sikit. Kejap lagi nak edit blog adik aku pulak. Kerja aku cuti sekolah ni edit blog je la! Penat! Nasib baik Aina tolong buat header! ringan sikit beban aku, sebab laptop aku tak boleh download Photoshop bagai tu. 

Semalam teman ayah aku bawak adik aku yang sunat tu pergi klinik nak buat check up. Aku dah cakap awal2 tak nak pergi tapi adik aku mengada suruh pergi. Bila sampai klinik nasib baik sempat sebab doktor tu nak keluar dah. Aku dengan Syani tunggu kat luar. Orang perempuan mana boleh tengok benda tu! Mula-mula kitaorang tengok tv kat klinik tu. Pastu aku dengar adik aku menjerit sakit kat dalam bilik tu. Mula2 perlahan je tapi baru 5 minit dah makin kuat. Kuat suara tu sampai luar klinik tu. Aku dengan Syani rakam suara adik aku tu kat luar bilik. Pastu bila dia dah keluar kitaorang pasang balik suara adik aku menjerit. Kelakar tengok muka dia tahan sakit. aihhh.. adik lelaki seorang ni susah betul! Bila dah sunat macam kena langgar kereta je sakitnya. Padahal bukannya sakit mana pun kan??Ok. sampai sini je aku nak tulis sebab dah petang dan dah sakit mata tengok laptop ni! Adios!

Result PMR bila keluar? Ada yang cakap 27/12 ? Betul ke? Aku dah cuak nak tungu result ni! Dan aku langsung tak teruja nak start form 4 sebab form 4 & 5 susah la!!

Dah habis baca? Bacalah lagi! Terima kasih comel~

The Romantic & Idol


Assalamualaikum | Waalaikumussalam.

Tajuk hari ni SUNAT! hehehe... bukan aku yg nak sunat. tapi adik aku. Ohh! sungguh parah! Semalam ingatkan dia sunat pukul 9 pagi. pastu doktor tu cancel buat malam pulak. Jadi sepupu aku ngan nenek aku dah datang rumah sebab nak tengok dia sunat la. rupanya tak jadik! Bila malam pulak, lepas maghrib adik aku dah pergi klinik nak sunat guna laser. pukul 10 malam dah sampai rumah. woo! mak aku cakap adik aku masuk bilik tu relax je. tak menjerit langsung! dah habis pun dia relax lagi. tapi relax dia kejap je. sampai rumah dia meraung kata sakit. Tu la, ego lagi! Haahaa... Okay. jadik sekarang ni dia parah sangat sebab kata tempat sunat tu sakit. Memei la sakit! Penat aku nak jaga adik yg seorang ni. Alamatnya tak dapatla keluar dengan member esok! emmm...~


Yay!! Hari ni aku nak cerita pulak pasal new variety show! The Romantic & Idol! Kau tahu aku nampak cerita ni jadik tengok la. sebab baru ep1 excited sikit nak tengok! Hah! Nama yg terlibat ada dalam gambar kat atas. serius aku cakap kat korang best nak mampus! bagi orang yg minat k-pop macam aku ni memang la nampak best. tak tahu pulak korang. hheheehe.. :)



Cerita ni pasal diorang nak 'jodoh'kan idol-idol dari grup korea yg ada. First aku tengok baru aku tahu Mir ni banyak cakap! haha...Tapi memang Jun.K(2PM) handsome+comel nak mampus! lagi2 dia dapat pasangan dengan Jei(FIESTAR).Tu baru first date. nanti diorang akan bertukar2 pasangan! argh!! tak sabar ep2. Kalau nak tengok boleh pergi kshownow. Ada eng sub lagi tau! Hope korang suka dengan cerita anekaragam yang baru ni. heheh.. melayu sangat!

Btw. adik aku dapat 2A2B1C untuk UPSR. Ok la tu. keputusan yg memberansang kan. aku expect 3A. tak pe la. aku pulak yg risau aku dapat berapa PMR nanti! -,-"

Dah habis baca? Bacalah lagi! Terima kasih comel~

Trip to Johor and Melaka


Assalamualaikum | Waalaikumussalam

HaHa nak Kahwin!!! wuuuuu~~   aku tahu berita ni masa tengok RM episode baper tah aku dah lupa. Saja nak bagitahu sebab diorang (HaHa & Byul) kahwin akhir bulan ni kalau tak salah. Yeah! akhirnya 'budak' ni kahwin dulu sebelum JK. Ouh.. bukan tu sebenarnya aku nak update. Tapi aku nak update pasal aku pergi Johor dan Melaka selama 2 hari dan 1 malam. Tak lama dan tak sekejap sangat. Sebab aku rasa. lama betul aku kat Johor tu. Heeee~

Sabtu 10/11/12


Pagi2 lagi mak aku bising suruh bangun awal sampaikan suara mak aku masuk dalam mimpi aku. OhMy... Aku bangun dalam pukul berapa aku lupa tapi boleh dikatakan awal dari waktu aku bangun setiap pagi. Yelah..nightmare kot tengok anugerah skrin malam tu.bosan tahap maksima! apabendalah diorang melalut.Aku pun dah melalut.heehee.. ok. lepas ambil opah kat Keramat kitaorang pun bertolak dalam pukul 11 pagi. mak aku bising android dia habis bateri cepat sebab nanti nak tengok jalan mana yg tak jem.Lepas sampai kat Muar pukul 2, kitaorang pergi makan kat kedai sebelah laut.





Hoohoho.. ayat tergantung! pastu kitaorang dah kenyang ofcourse pergi check in hotel. Sepupu ayah aku asyik call kat mana je. Lepas check in letak beg dan kenal semua sedare mare kitaorang pergi jalan2 berhampiran hotel tu. Ohh! aku lupa yang kitaorang pergi Muar sebab ada majlis pertunangan sedare aku. Jadi diorang dah sponsor hotel untuk kitaorang bermalam dgn sedare yg lain jugak. Syok memang syok dapat tidur free. heehee.. malam tu kitaorang jalan2 malam dekat Muar. tengok apa yang best tapi tak de pun yang best! Balik hotel dapat makanan free,di-sponsor okey! Lepas makan tido!

Ahad 11/11/12
Bangun Pagi! mak ayah aku dengan adik aku yg dua orang tu pergi breakfast dekat cafe hotel. kakak2 mereka masih terbaring tidur tak sedarkan diri sampai pukul 9. mak aku balik bising lagi tak mandi sebab sedare aku tu suruh berkumpul dekat lobi hotel pukul 10. lepas dah siap cantik2 pakai baju kurung letak ,beg kat dalam kereta ,check out hotel ,kitaorang menunggu yang lain dekat lobi sebab diorang nak agihkan hantaran dekat semua kereta dan tangkap gambar ramai2 kat lobi hotel tu. 

with my family at lobi hotel

Hantaran dari tunang lelaki . berapa je la yang ambil sebab yang lain ada dekat orang lain. heehee~


Lepas sampai kat rumah tunang perempuan, aku suruh adik aku ambil gambar orang tu nak bincang pasal duit hantaran. And then pergi makan, pastu ambik gambar dengan tunang tu. bukan pengantin lagi okey! lepas dah habis semua apa lagi? balik la. singgah dekat Masjid Jamek Sultan Ibrahim.


Hantaran dari tunang perempuan. aku suka kek kat atas tu. macam SEDAP!

Yeah! lepas berapa jam perjalanan ikut jalan kampung akhirnya sampai gak MELAKA. Melaka ni lagi teruk dari KL kot. sebab jalan dia tak habis2 jem. KL tak ade la jem selalu. dan jalannya yang sempit pun susah gak. ayah aku berkali2 sesat padahal dah pernah lalu jalan tu. Melaka dah maju. Aku just letak gambar U tengok okay. 


















Dapat la jugak merasa naik Menara Taming Sari tu. Best memang best. Jadi ni je la yang aku nak tulis. penat nak upload gambar. bye! Assalamualaikum | Waalaikumussalam.







Dah habis baca? Bacalah lagi! Terima kasih comel~