School Holiday




woohhh... holiday!! awesome tak gambar kat atas?? yeah!! banyak cerita kali ni aku nak tulis sebab 2 minggu aku tak update! gebang tak 2 minggu tak update nak bagitahu?? apa aku kesah! heehee.. MAAF *tunduk*
Exam? dah habis! Alhamdulillah!! baru PPT,belum PMR! memang kacau bilau jadi nyer! study last minute macam ni la jadi nye! 

Hari Guru? yaa.. saya lambat satu minggu update pasal ni! memang sibuk giloosss!! Hari Guru kali ni best sikit kodd.. Opah bagi ucapan kalau boleh nak panjang je! pastu ade sukaneka untuk guru2! memang best! lagi2 Ustaz~ main tapape tah! pastu cikgu lelaki terlalu over..main baling2 belon yang penuh dengan air tu.. oke..lawak tengok dorang! masa rehat punye ramai orang! cilokk makanan hazana sikit! pastu tunggu cikgu dalam 1 jam setengah..tak tahu cikgu buat apa lama sangat kat bilik Hujrah! Kami kat dewan settle-kan masalah yang menimpa! Pastu dengar abang2 form five main mic nyanyi sana sini! oke..aku akan rindu dorang semua! Form 4 macam tak best je..gebang2 semuanye! bila cikgu semua dah settle kat Hujrah, dorang buat catwalk pulak! cantik2 semuanye pakai baju biru! *tema* Ustaz je yang suka sangat lari tema pakai baju pink die tuh! ._.  pastu cikgu baca ikrar,nyanyi lagu bagai..Persembahan! nasyid punye lama.. tapi memang awesome la! cikgu perempuan buat persembahan and then persembahan dari kumpulan ape tah tapi BEST! drum,gitar,piano semua ade atas pentas! sumpah best!cikgu lelaki tak sempat buat persembahan.. dah lambat!

Balik siap2 pergi tuisyen! kat tuisyen kitaorang gila bagai tangkap gambar tak ingat dunia! muka aku tak bole blah! balik tuisen siap2 baju balik Kelate! Gomo Kelate Gomo~ tengok Super Spontan and sleep well!


faz............lawa kasut kau!

yaa! kami kawonss!

aku dengan dia.. macam dah lupa kan? aku memang payah lupakan seseorang tapi lupakan dia cepat betul! papehal aku tak nak pikir panjang pasal ni! 
minggu lepas yang sepatutnya aku calon PMR pergi tuisyen kat sekolah tapi tak pegi! Aku pegi Kelate... ade family day bagai... memang syok! tapi tak nak tulis kat sini! nak buat entri lain untuk Kelantan sahaja! 
Hari Isnin ni along dah masuk IPB.. da la nak tinggal kat asrama..rumah sapa nak jaga? aku jugak! tak pe... kalau dia dah lama sangat kat situ aku tahun depan nak masuk asrama! HAHA macam la nak sangat masuk asrama~

Super Spontan hari ni last!!! memang berdebar nak tengok sapa menang.. Johan dan Zizan je undian kat atas..HAHA.. dah tahu antara dorang je la yang menang! tunggu sesama malam ni tau! oh ye.. malam ni pun ade Malaysia lwn Filipina! tak sabar nak tengok! Masterchef? Mejar Faiz dah keluar! sungguh tak aci bukak pintu! HUHU

Lagi seminggu cuti sekolah ,cepat benar masa berlalu! Homework? tak buat lagii..hehe..kerja kursus tak siap lagii..dan saya kini lebih tertumpu kepada Twitter! Facebook? just like and read :)

Zed Zaidi bash K-Pop kat Twitter? apa kess?? saya sebagai peminat k-pop nak marah! HAHA.. lek lu! pikir sebelum bertindak! dah tahu Malaysia ramai peminat k-pop jangan la nak terus hentam sana sini! oke.. BYE! Assalamualaikum!

Dah habis baca? Bacalah lagi! Terima kasih comel~